Alhamdulillah music video message undelivered dari Halim Devotees yg sekian lama di nanti-nanti telah siap. Lagu ni terbit pada tahun 2009 dalam album Koleksi Nasyid Indie Underground Volume 1.
Message Undelivered
Kau
sangat istimewa
Kau tiada duanya
Yang menghangatkan jiwa
Kita telah dipertemukan
Bagai novel cinta
Indahnya cuma kita yang rasa
Tiap saat bagiku ingin menyintaimu
Tak pernah kau kulupa Selalu ku hubungi mu
Kau pun jua begitu bicara soal rindu
Katakan apa saja pasti kita sama setuju
Namun mengapa sejak kelmarin
Engkau mendiamkan diri sepi dariku
Kucuba menghubungimu tapi
tiada jawapan yang kuterima
Hanya suara wanita yang berkata
Sila hubungi semula
Mengapa apakah yang terjadi antara kita
Tidak pernah aku sedikit pun untuk
Cuba mengguris apatah lagi cuba menyakiti hatimu
di manakah ruang itu yang kau mungkin pernah
cuba untuk menjelaskannya padaku
Masa berganti waktu
Kuharapkan namamu
Kan muncul menyerikan
Paparan panggilanku
Namun hampa yang kutemu
Bila tiap mesejku
Tak sampai kepadamu
Katanya message undelivered
Di bawah ni cara-cara mcm mana nak memenangi peraduan ke Korea
Dah lama dibah x update blog. La ni, dibah suka sangat tengok drama Vanilla Coklat di tv3 pada hari selasa pada pukul 9 mlm. Tiap hari tengok kat youtube.Jatuh cinta dengan watak amir ataupun nama penuh dia Aiman Hakim Ridza
Aiman Hakim Ridza
Ini sinopsis drama vanilla coklat
Vanila Coklat mengisahkan tentang Zara, 19 tahun dan Aamir, 20 tahun yang sedang menuntut di Institut Pengajian Tinggi. Zara dan Aamir saling membenci antara satu sama lain dan masing-masing sudah mempunyai kekasih. Aamir sering mengusik Zara kerana Zara merupakan pelajar cemerlang dan pelajar contoh di kolej manakala Zara membenci Aamir kerana baginya, Aamir seorang kaki perempuan.
Liana, rakan sekelas Zara yang gedik dan mengada-ngada menganggap kononnya Aamir adalah hak miliknya. Liana sentiasa berkepit dengan Aamir supaya semua orang melihat mereka benar-benar bercinta. Berbeza dengan Zara, Liana seorang wanita yang lemah lembut namun semua itu dibuat-buat kerana dia sememangnya bercita-cita ingin berkahwin dengan anak orang kaya. Zara mempunyai kekasih hati iaitu Kamal, yang dikenalinya sejak sekolah menengah lagi.
Ibu bapa Zara, Dr. Ungku Musa dan isteri tidak menyukai Kamal, begitu juga ibu bapa Aamir, Datuk Ahmad dan Datin Dalila yang kurang menggemari sikap Liana kerana tidak menghormati orang tua. Suatu hari, Dr. Ungku Musa dan Datuk Ahmad merancang untuk menyatukan anak mereka. Seperti berbezanya Vanila dan Coklat, begitulah sukarnya untuk menyatukan Zara dan Aamir. Pelbagai usaha dilakukan oleh ibu bapa mereka agar mereka bersetuju untuk berkahwin sehingga Datuk Ahmad terpaksa berpura-pura diserang sakit jantung dan permintaan terakhirnya ialah ingin melihat Zara dan Aamir disatukan. Akhirnya, Aamir akur dan bersetuju.
Walaupun telah berkahwin, Zara dan Aamir tetap hidup berasingan. Zara telah memberi syarat yang harus dipatuhi oleh Aamir. Menyedari situasi ini, Dr. Ungku Musa dan Datuk Ahmad merancang sebuah percutian bulan madu untuk Zara dan Aamir. Mereka berdua tidak membantah namun pelbagai alasan diberikan untuk tidak berbulan madu di luar negara dan hanya memilih Cameron Highlands sebagai destinasi pertama mereka. Masih tiada kemesraan di antara mereka.
Zara dan Aamir meneruskan pengajian mereka seperti biasa, Kamal pula tiap-tiap hari menghasut Zara, jika dia masih bersama Aamir, dia tidak akan bahagia kerana perangai Aamir yang teruk. Suatu hari, satu pergaduhan besar berlaku di antara Zara dengan Aamir sehingga Aamir meninggalkan Zara keseorangan di tepi jalan ketika hujan. Zara menghalau Aamir keluar dari rumah kerana dia terpedaya dengan kata-kata Kamal. Apabila Zara membuka pintu, dia melihat Aamir telahpun pengsan. Sebenarnya Aamir tidak makan satu hari kerana dia berjanji untuk makan bersama Zara.
Dari saat itu, Zara dihantui rasa serba salah dan mula menunjukkan naluri seorang isteri. Dia mula menyedari perkahwinan bukanlah perkara main-main. Tiba cuti semester, Zara dan Aamir pergi ke Genting Highlands untuk meluang masa bersama. Masing-masing malu apabila salah seorang cuba bersikap romantik dan manja. Aamir mengakui dia telah jatuh cinta pada Zara sejak dari hari mereka dinikahkan. Buat pertama kali mereka tidur seperti pasangan suami isteri yang lain.
Zara dan Aamir tidak sabar ingin pulang ke Kuala Lumpur untuk memberitahu keluarga mereka bahawa mereka ingin meneruskan perkahwinan ini. Sebuah majlis diatur oleh ibu bapa Zara dan Aamir untuk meraikan berita gembira ini. Kamal dan Liana turut dijemput untuk hadir ke majlis tersebut. Mereka berdua telah merancang sesuatu untuk memisahkan Zara dan Aamir.
Pada hari majlis tersebut dijadualkan berlangsung, pelan jahat Kamal dan Liana untuk mengenakan Aamir berjaya. Dr. Ungku Musa mengamuk. Dia menyangka Aamir membuat onar dengan Liana dan terus memukul Aamir. Datuk Ahmad cuba menenangkan Dr. Ungku Musa daripada terus membelasah anaknya kerana menurutnya, kita tidak tahu perkara sebenar yang terjadi antara Liana dan Aamir. Dr. Ungku Musa menarik tangan Zara dan memutuskan hubungan antara Aamir dan Zara.
Sejak kejadian tersebut, hubungan Dr. Ungku Musa dan Datuk Ahmad renggang. Bagi Zara, dia mempercayai suaminya kerana dia mengenali perangai Liana. Bagaimana Zara dan Aamir ingin memulihkan hubungan keluarga mereka? Apakah rancangan seterusnya Dr. Ungku Musa dan Datuk Ahmad selepas masing-masing bermusuh? Apa pula strategi Kamal dan Liana untuk memenangi hati keluarga kekasih mereka?
Di bawah ni salah satu soundtrack dalam drama vanilla coklat
Mencinta Mu tenangkan jiwa
Merindu Mu hatiku selalu
Hanya diri Mu satu cintaku
Oh takkan mampu ku jauh dari Mu
Satu nafas ku harap Kau ada
Hanya pada Mu Tuhan ku rayu
Ku akan mencinta Mu
Selalu merindu Mu seluruh jiwaku
Kau terangi aku
Engkau penjaga hatiku
Pendamping jiwaku
Cerahkan cintaku
Cinta yang abadi
Jangan pernah kau menjauh
Ku akan mencinta Mu
Selalu merindu Mu seluruh jiwaku
Kau terangi aku
Engkau penjaga hatiku
Pendamping jiwaku
Cerahkan cintaku
Cinta yang abadi
Ku akan mencinta Mu
Selalu merindu Mu seluruh jiwaku
Kau terangi aku
Engkau penjaga hatiku
Pendamping jiwaku
Cerahkan cintaku
Cinta yang abadi
Assalamualaikum. Setelah 5/6 bulan tak jumpa dengan cst 32, alhamdulillah pada hari presentation ku dh nak semua cst 32 yang ku jumpa kecuali jojo je yg tak jumpa.Pada hari selasa lps(10 Januari 2012), aku presentation penempatan industri pada sebelah ptg. Pagi -pagi lagi aku dah sampai kat kolej. untuk menguruskan clearance form. maklumlah kene cari instructor department yg di kehendaki untuk menyain. dalam erti kata yang lain signature hunt.pagi-pagi dalam 10 pagi, dah minta borang clearance form dari gc. then mencari instructor bersama adib , mofe, safwan, sue, mimi(cst 33). Selepas dah dpt sign dari mathematics, english dan ugama department , balik ke common room semula . Di common room , semua cst 32 berkumpul.(Rahimin,Jibah, Yasir, Hurin,Afaziah, Rafie, Rasyid, Ehsan, Danial). I miss to menyanya Danial. Inda sah ni kalau kami berjumpa nda menyanya. ada saja kan di nyanyanya dengan soalan-soalannya lagi tu. Then after that, lunchout with them cst 32 at Pizza Hut,Gadong. In the afternoon, industrial attachment presentation. Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar.
With CST 32<3
CST 32
Selepas lima/6 bulan x jumpa, lima/ enam org dah tukar handphone dan ada handphone baru. HTC dan Samsung. HTC handphones:Rahimin,Najibah,Arif,Danial and me . Samsung:ehsan
On 12 January 2012, we going to college again to complete the clearance form. Aku dtg kul 8 pagi. then nampak hurin, lepak di common room sekejap. Then zana dtg. But at that time, my department had function at the MTSSR multipurpose hall. Then the three of us lepak di luar department . One hours later, jibah dtg.Oleh sebab zana lapar, so we go breakfast di Mitoya restaurant (lurus kah nda ni nama restaurant nya). Then the three guys of CST 32(yasir, ehsan and danial) ada. Mula2, we plan to go with danial for breakfast but durang alum sampai lagi , then we go with jibah.So we meet the guys di sana saja. After that back to college gain to complete the clearance form with the cst 32. After all the clearance form completed and give it back to gc, some of us ada yg balik awal. Yg tinggal ganya Rashid, Ehsan, Danial, Yasir, Hurin, me and zana di common room. Di sana, banyak lah kami cakapkan about handphones , about polytechnic or itb. We planning to lunch out di sugar bun but danial have to work at BSP at one o'clock. Danial alum habis attachment until 18 january 2012.So 6 of us(Rashid,Ehsan,Danial,Yasir,Hurin and me) lunchout for the 2nd time in 2012 di ayamku restoran serusop
Alhamdulillah dah 2 minggu dibah dh habis penempatan industri di kementerian pendidikan selama enam bulan mulai dari julai-december 2011. banyak pengalaman manis dan pahit yg telah di tempuhi selama 6 bulan tu.
Bersama supervisor
Gonna miss all the supervisor. Thanks for give me advice, motivation and others. Aku banyak belajar during 6 months of attachment period
Mengharungi samudera mahligai nan suci Penuh gelombang silih berganti Semua adalah ujian penguat cinta Bila hati bicara
Kekadang tak perlu terucap kata kata Untuk selami dalamnya hatimu Susah senangmu jadi bahgian hidupku Karena hati bicara
Tatap manja matamu kisahkan berjuta cerita Hadirmu dihidupku memberikan berjuta makna Karunia Illahi mempersatukan dua hati Kurasa yang kau rasa karena hati bicara
Kekadang tak perlu terucap kata kata Untuk selami dalamnya hatimu Susah senangmu jadi bahgian hidupku Karena hati bicara
Tatap manja matamu kisahkan berjuta cerita Hadirmu di hidupku memberikan berjuta makna Karunia Illahi mempersatukan dua hati Kurasa yang kau rasa karena hati bicara
Apa khabar semua?dah lama x update blog.Sedar x sedar ini merupakan bulan terakhir untuk menamatkan latihan penempatan di Kementerian Pendidikan. Banyak yang sudah di pelajari selama nak dekat enam bulan kat sini. Dapat kenal dengan kawan baru
Sememangnya susah dan sukar untuk kita lakukan apabila kita dihina, diumpat, dikeji, difitnah atau dimalukan lebih-lebih lagi di khalayak ramai, di pejabat atau dalam masyarakat. Namun itulah tindakan yang terbaik bagi kita.
Apabila kita menjawab balik hinaan yang dilontarkan pasti bukan kita yang bercakap tapi yang "bertanduk dua" yang sedang menguasai akal fikiran kita pada masa itu. Jadi, seeloknya kita diam sejenak. Istighfar di dalam hati dan ingatkan diri kita supaya bersabar menghadapi hinaan yang dilontarkan.
Dalam situasi apabila kita terasa diri kita sangat lemah umpama anak ikan yang dikelilingi oleh jerung-jerung kelaparan, kita tidak tahu apa yang harus kita lakukan. Untuk tujuan itu, saya ingin kongsikan sedikit panduan dalam menghadapi keadaan apabila kita dihina. Antaranya ialah:
·Orang yang menghina kita dengan menggunakan perkataan yang teruk (Contohnya bangang, bodoh, gedik dan sebagainya) sebenarnya sedang mendoakan keburukan itu untuk dirinya, suami atau isteri mereka, ahli keluarga, adik-beradik dan lebih parah lagi sebenarnya mereka mendoakan untuk anak-anak mereka. Nauzubillah..
·Sebenarnya cacian dan hinaan yang dilemparkan itu adalah RAHMAT daripada ALLAH. Kenapa? Sebab setiap hinaan yang dilontarkan kepada kita adalah penghapus bagi setiap dosa-dosa kita semalam. Lebih beruntung lagi, kita akan dapat banyak pahala percuma. (Tapi dengan syarat kita kena sabar dengan apa yang berlaku)
·Ingatlah bahawa ada HIKMAH di sebalik setiap dugaan dan cabaran yang kita hadapi. Sebenarnya Allah hendakkan hamba-Nya kembali kepada-Nya. Mengadu kepada-Nya lantaran sebelum ini kita semakin jauh, lalai dan lupa kepada-Nya.
·Apabila kita difitnah, kita akan tidak dapat tidur malam lantaran memikirkan tentang fitnah yang dilontarkan kepada kita. Maka, kita dengan sendirinya akan bangun bertahajud setiap malam mohon kepada Allah agar diberi ketenangan, kemaafan dan keampunan dari-Nya sepanjang hidup ini. Kesan daripada itu (sentiasa bertahajud selalu), hati akan menjadi semakin tenang dan bahagia walaupun dikelilingi orang yang sentiasa mencari salah kita dan orang yang tidak mahu memandang wajah kita.
· HIKMAH dan REZEKI yang melimpah ruah menanti kita di sebalik ujian tersebut. Contohnya Allah permudahkan segala urusan kita. Allah pertemukan kita dengan rakan-rakan yang mulia hatinya, rakan-rakan yang boleh membantu kita menjana ekonomi kita dengan lebih mantap, pasangan yang memahami dan menyayangi kita dengan sepenuh hatinya, anak-anak yang baik, keluarga yang memahami dan pelbagai lagi.
· Kita juga akan menemui dan dapat menilai siapa sahabat kita yang sebenar dan siapa musuh kita. Cara dan gaya hidup kita pun mungkin akan berubah ke arah lebih baik dan lebih bermotivasi. Mungkin sebelum ni kita susah nak baca buku-buku yang bermanfaat. Mungkin kita juga berpeluang mengenali tokoh-tokoh motivasi yang hebat yang terkenal di seluruh dunia. (Contoh : Dr Aidh Abdullah Al-Qarni, Imam Ghazali dan lain-lain). Selain itu, kita juga akan mampu untuk menjadikan diri kita insan yang sangat kuat, tabah, sabar dan mengubah seluruh pemikiran dan idea kita selama ni.
·Pendek kata, apa yang berlaku pada kita walaupun buruk pada pandangan manusia, namun sebaliknya pada pandangan Allah. Fikirkanlah bahawa semua yang berlaku adalah RAHMAT ALLAH. Insya-Allah hidup kita lebih tenang, bahagia dan sangat matang. Insya-Allah.
Siti Khadijah
Beliau merupakan isteri Rasulullah s.a.w yang setia dan menyokong Rasulullah walaupun ditentang hebat oleh orang-orang kafir dan musyrik, menghantarkan makanan kepada Baginda ketika Baginda beribadat di Gua Hira’.
Siti Fatimah
Anak Rasulullah yg tinggi budi pekertinya. Sangat kasih dan setia kpd suaminya Ali karamallahu wajhah walaupun Ali miskin. Tidur berkongsikan 1 bantal dan kdg2 berbantalkan lengan Ali.
Siti A’ishah
Beliau isteri Rasulullah yg paling romantik. Sanggup berkongsi bekas makanan dan minuman dgn Rasulullah. Di mana Nabi s.a.w minum di situ beliau akan minum menggunakan bekas yg sama.
Siti Hajar
Isteri Nabi Ibrahim yg patuh kpd suami dan suruhan Allah. Sanggup ditinggalkan oleh Nabi Ibrahim atas suruhan Allah demi kebaikan. Berjuang mencari air utk anaknya Nabi Ismail (Pengorbanan seorg ibu mithali).
Siti Mariam
Wanita suci yg mmg pandai menjaga kehormatan diri dan mempunyai maruah yg tinggi sehingga rahimnya dipilih oh Allah s.w.t utk mengandungkan Nabi Isa.
Siti Asiah
Isteri Firaun yg tinggi imannya dan tidak gentar dgn ujian yg dihadapinya drpd Firaun Laknatullah.
Siti Aminah
Wanita mulia yg menjadi ibu kandung Rasullullah. Mendidik baginda menjadi insan mulia.
Siti Muti’ah
Isteri yg patut dicontohi dan dijanjikan Allah syurga untuknya kerana setianya kpd suami, menjaga makan minum, menyediakan tongkat utk dipukul oleh suaminya sekiranya layanannya tidak memuaskan hati, berhias dgn cantik utk tatapan suaminya sahaja.
Siti Zubaidah
Wanita kaya dermawan yg menjadi isteri Khalifah Harun Al-Rashid. Sanggup membelanjakan semua hartanya utk membina terusan utk kegunaan org ramai hanya niat kerana Allah s.w.t.
* 9 Siti ini adalah petikan daripada kata-kata Ustazah Siti Norbahiah Mahmud dalam rancangan Halaqah TV9 malam tadi bertajuk ‘Siti Impian’. Adakah kita tergolong antara Siti-Siti ini? Tepuk dada tanya iman. Sama-sama kita tingkatkan ilmu kita untuk menjadi insan yang lebih baik di Bumi Allah ini, insyaAllah.
Assalam.Alhamdulillah one of my favourite nasyid group Devotees telah tercalon dalam 1 kategori Lagu Nasyid Terbaik iaitu lagu Hadirnya Cahaya S.A.W yang dimuatkan dalam album Berjalan Tanpa Henti.Lagu ni sendiri hasil ciptaan ahli devotees sendiri iatu Abdul Halim Bin Ahmad a.k.a Halim Devotees.Tahniah kepada halim dan devotees.
Komposer lagu Hadirnya Cahaya S.A.W -Abdul Halim Ahmad a.k.a Halim Ahmad
Assalam. Dh lama x update blog.Bulan ni dh 4 bulan dibah attachment kat Ministry of Education,Brunei Darussalam. So far, best gak kerja di jabatan kerajaan ni.Kerja kat sini pun dh alhamdulillah.Sebab kalau nak dpt kerja kat jabatan kerajaan ni mmglah susah sangat nk dpt. Lagi 2 bulan je lagi nak habis penempatan kat sini.Banyak yg dpt di pelajari di sini.Insya Allah tahun dpn graduate.
Sedarlah wahai manusia.. "Ketika wanita diciptakan, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Diciptakan bahunya cukup kuat untuk menopang dunia; namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan."
"Diberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya."
"Diberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh."
"Diberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya."
"Diberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya."
"Diberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu."
"Dan akhirnya, diberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan."
"Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya.Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya, tempat dimana cinta itu ada."
Kirimkan bingkisan ini kepada setiap wanita yg anda kenali.... Anda akan menambah harga diri ciptaan Indah,wanita! kerana...
Sekarang ni kat televisyen, ada rancangan Imam Muda Musim Kedua di Astro Oasis Channel 106. Rancangan kegemaranku.Selepas imam muda musim pertama berjaya,akhirnya Astro menghasilkan sambungannya untuk musim kedua. Juara imam muda musim pertama ialah imam muda Asyraf. Mari kita imbas semula, sepuluh imam muda musim pertama
Imam Muda Musim Pertama
1.Imam Muda Asyraf 2.Imam Muda Azhar 3.Imam Muda Nuri 4.Imam Muda Miril 5.Imam Muda Hizbur 6.Imam Muda Abe Syara 7.Imam Muda Aran 8.Imam Muda Adib 9.Imam Muda Taufik 10.Imam Muda Shakir
Juara imam muda musim pertama ialah imam muda Asyraf
Naib juara imam muda musim pertama ialah imam muda hizbur
imam muda musim pertama yg menjadi pilihanku ialah imam muda Azhar dan imam muda aran
Imam Muda Azhar
Imam Muda Aran
Imam Muda musim kedua ni unik.dua daripada sepuluh orang imam muda berasal dari Brunei dan Singapura
Imam muda fadli wakil dari Brunei
imam muda mujahid wakil dari singapura
Bagi Musim Kedua,Sepuluh orang calon Imam Muda yang terpilih itu ialah:
1. Ali Khairudin Haji Abdul Marif, 26 tahun, berasal dari Sabah
2. Mohd Hassan Adli Yahaya @ Yahuza, 26 tahun, berasal dari Perak
3. Nazrul Izwan Zolkiflee, 26 tahun, berasal dari Johor
4. Wan Najdi Wan Mohd Noh, 20 tahun, berasal dari Selangor
5. Mohd Fakhrurrazi Hussin, 27 tahun, berasal dari Terengganu
6. Ammar Wan Harun, 27 tahun, berasal dari Kedah
7. Mohd Azlan Zulkarnain, 25 tahun, berasal dari Kuala Lumpur
8. Abdul Fattah Riddzwan, 21 tahun, berasal dari Negeri Sembilan
9. Mujahid Suhaimi, 20 tahun, berasal dari Singapura
10. Zulfadli Haji Awang, 24 tahun, berasal dari Brunei Darussalam.
Imam Muda Musim Kedua
Lagu Tema IMAM MUDA MUSIM KEDUA
IMAM MUDA MUSIM KEDUA YANG MENJADI PILIHANKU:IMAM MUDA NAJDI DAN IMAM MUDA HASSAN