BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Masa

Makna Namaku

Adibah-Berpengetahuan, beradab
ADIBAH
AAmanah
DDinamik
IIkhlas
BBijaksana
AAlim
HHarum
Apa ada pada nama?

25 Januari 2012

Alhamdulillah

Assalamualaikum.

Pagi pagi ni dah terima berita gembira. dibah akan menyambung pelajaran di ipt tempatan. tinggal empat hari je lagi nak bercuti dan relax.

Vanilla Coklat

Assalamualaikum Semua.

Dah lama dibah x update blog. La ni, dibah suka sangat tengok drama Vanilla Coklat di tv3 pada hari selasa pada pukul 9 mlm. Tiap hari tengok kat youtube.Jatuh cinta dengan watak amir ataupun nama penuh dia Aiman Hakim Ridza

Aiman Hakim Ridza


Ini sinopsis drama vanilla coklat
 Vanila Coklat mengisahkan tentang Zara, 19 tahun dan Aamir, 20 tahun yang sedang menuntut di Institut Pengajian Tinggi. Zara dan Aamir saling membenci antara satu sama lain dan masing-masing sudah mempunyai kekasih. Aamir sering mengusik Zara kerana Zara merupakan pelajar cemerlang dan pelajar contoh di kolej manakala Zara membenci Aamir kerana baginya, Aamir seorang kaki perempuan. 

 Liana, rakan sekelas Zara yang gedik dan mengada-ngada menganggap kononnya Aamir adalah hak miliknya. Liana sentiasa berkepit dengan Aamir supaya semua orang melihat mereka benar-benar bercinta. Berbeza dengan Zara, Liana seorang wanita yang lemah lembut namun semua itu dibuat-buat kerana dia sememangnya bercita-cita ingin berkahwin dengan anak orang kaya. Zara mempunyai kekasih hati iaitu Kamal, yang dikenalinya sejak sekolah menengah lagi.

 Ibu bapa Zara, Dr. Ungku Musa dan isteri tidak menyukai Kamal, begitu juga ibu bapa Aamir, Datuk Ahmad dan Datin Dalila yang kurang menggemari sikap Liana kerana tidak menghormati orang tua. Suatu hari, Dr. Ungku Musa dan Datuk Ahmad merancang untuk menyatukan anak mereka. Seperti berbezanya Vanila dan Coklat, begitulah sukarnya untuk menyatukan Zara dan Aamir. Pelbagai usaha dilakukan oleh ibu bapa mereka agar mereka bersetuju untuk berkahwin sehingga Datuk Ahmad terpaksa berpura-pura diserang sakit jantung dan permintaan terakhirnya ialah ingin melihat Zara dan Aamir disatukan. Akhirnya, Aamir akur dan bersetuju.

 Walaupun telah berkahwin, Zara dan Aamir tetap hidup berasingan. Zara telah memberi syarat yang harus dipatuhi oleh Aamir. Menyedari situasi ini, Dr. Ungku Musa dan Datuk Ahmad merancang sebuah percutian bulan madu untuk Zara dan Aamir. Mereka berdua tidak membantah namun pelbagai alasan diberikan untuk tidak berbulan madu di luar negara dan hanya memilih Cameron Highlands sebagai destinasi pertama mereka. Masih tiada kemesraan di antara mereka.

 Zara dan Aamir meneruskan pengajian mereka seperti biasa, Kamal pula tiap-tiap hari menghasut Zara, jika dia masih bersama Aamir, dia tidak akan bahagia kerana perangai Aamir yang teruk. Suatu hari, satu pergaduhan besar berlaku di antara Zara dengan Aamir sehingga Aamir meninggalkan Zara keseorangan di tepi jalan ketika hujan. Zara menghalau Aamir keluar dari rumah kerana dia terpedaya dengan kata-kata Kamal. Apabila Zara membuka pintu, dia melihat Aamir telahpun pengsan. Sebenarnya Aamir tidak makan satu hari kerana dia berjanji untuk makan bersama Zara.

 Dari saat itu, Zara dihantui rasa serba salah dan mula menunjukkan naluri seorang isteri. Dia mula menyedari perkahwinan bukanlah perkara main-main. Tiba cuti semester, Zara dan Aamir pergi ke Genting Highlands untuk meluang masa bersama. Masing-masing malu apabila salah seorang cuba bersikap romantik dan manja. Aamir mengakui dia telah jatuh cinta pada Zara sejak dari hari mereka dinikahkan. Buat pertama kali mereka tidur seperti pasangan suami isteri yang lain.

 Zara dan Aamir tidak sabar ingin pulang ke Kuala Lumpur untuk memberitahu keluarga mereka bahawa mereka ingin meneruskan perkahwinan ini. Sebuah majlis diatur oleh ibu bapa Zara dan Aamir untuk meraikan berita gembira ini. Kamal dan Liana turut dijemput untuk hadir ke majlis tersebut. Mereka berdua telah merancang sesuatu untuk memisahkan Zara dan Aamir. 

 Pada hari majlis tersebut dijadualkan berlangsung, pelan jahat Kamal dan Liana untuk mengenakan Aamir berjaya. Dr. Ungku Musa mengamuk. Dia menyangka Aamir membuat onar dengan Liana dan terus memukul Aamir. Datuk Ahmad cuba menenangkan Dr. Ungku Musa daripada terus membelasah anaknya kerana menurutnya, kita tidak tahu perkara sebenar yang terjadi antara Liana dan Aamir. Dr. Ungku Musa menarik tangan Zara dan memutuskan hubungan antara Aamir dan Zara. 

 Sejak kejadian tersebut, hubungan Dr. Ungku Musa dan Datuk Ahmad renggang. Bagi Zara, dia mempercayai suaminya kerana dia mengenali perangai Liana. Bagaimana Zara dan Aamir ingin memulihkan hubungan keluarga mereka? Apakah rancangan seterusnya Dr. Ungku Musa dan Datuk Ahmad selepas masing-masing bermusuh? Apa pula strategi Kamal dan Liana untuk memenangi hati keluarga kekasih mereka?





Di bawah ni salah satu soundtrack dalam drama vanilla coklat





Mencinta Mu tenangkan jiwa
Merindu Mu hatiku selalu
Hanya diri Mu satu cintaku

Oh takkan mampu ku jauh dari Mu
Satu nafas ku harap Kau ada
Hanya pada Mu Tuhan ku rayu

Ku akan mencinta Mu
Selalu merindu Mu seluruh jiwaku
Kau terangi aku

Engkau penjaga hatiku
Pendamping jiwaku
Cerahkan cintaku
Cinta yang abadi

Jangan pernah kau menjauh
Ku akan mencinta Mu
Selalu merindu Mu seluruh jiwaku

Kau terangi aku
Engkau penjaga hatiku
Pendamping jiwaku
Cerahkan cintaku
Cinta yang abadi

Ku akan mencinta Mu
Selalu merindu Mu seluruh jiwaku
Kau terangi aku

Engkau penjaga hatiku
Pendamping jiwaku
Cerahkan cintaku
Cinta yang abadi

22 Januari 2012

Ombak Rindu-Islamic Version





Tuhan tolong lembutkan hati hamba
untuk mencintaiMu seadanya (selamanya)
kerna ku tak sanggup
kerna ku tak mampu
menghadapi siksa nerakaMU

Tuhan aku tahu byk dosaku
hanya ingatkanMu kala dukaku
namun hanya Kamu yg mampu membuka
pintu hatiku untuk cintaMu

Allah..ampunkanlah hambaMu (dosaku)
yang selalu dustakan janjiku
agar kelak ku takkan disiksa
kerna dosa-dosa masa lalu

Allah..jatuh air mataku
dan terus mengalir mengiringi doaku
Allah..Yang mengampuni segala
Dosa2 hamba yang meminta..

Hanya mampu berdoa..
Moga maghfirah (keampunan) tiba nanti..

15 Januari 2012

Apabila CST 32 dah berjumpa

Assalamualaikum. Setelah 5/6 bulan tak jumpa dengan cst 32, alhamdulillah pada hari presentation ku dh nak semua cst 32 yang ku jumpa kecuali jojo je yg tak jumpa.Pada hari selasa lps(10 Januari 2012), aku presentation penempatan industri pada sebelah ptg. Pagi -pagi lagi aku dah sampai kat kolej. untuk menguruskan clearance form. maklumlah kene cari instructor department yg di kehendaki untuk menyain. dalam erti kata yang lain signature hunt.pagi-pagi dalam 10 pagi, dah minta borang clearance form dari gc. then mencari instructor bersama adib , mofe, safwan, sue, mimi(cst 33). Selepas dah dpt sign dari mathematics, english dan ugama department , balik ke common room semula
. Di common room , semua cst 32 berkumpul.(Rahimin,Jibah, Yasir, Hurin,Afaziah, Rafie, Rasyid, Ehsan, Danial). I miss to menyanya Danial. Inda sah ni kalau kami berjumpa nda menyanya. ada saja kan di nyanyanya dengan soalan-soalannya lagi tu. Then after that, lunchout with them cst 32 at Pizza Hut,Gadong. In the afternoon, industrial attachment presentation. Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar
.


With CST 32<3


CST 32


Selepas lima/6 bulan x jumpa, lima/ enam org dah tukar handphone dan ada handphone baru. HTC dan Samsung. HTC handphones:Rahimin,Najibah,Arif,Danial and me . Samsung:ehsan

On 12 January 2012, we going to college again to complete the clearance form. Aku dtg kul 8 pagi. then nampak hurin, lepak di common room sekejap. Then zana dtg. But at that time, my department had function at the MTSSR multipurpose hall. Then the three of us lepak di luar department . One hours later, jibah dtg.Oleh sebab zana lapar, so we go breakfast di Mitoya restaurant (lurus kah nda ni nama restaurant nya). Then the three guys of CST 32(yasir, ehsan and danial) ada. Mula2, we plan to go with danial for breakfast but durang alum sampai lagi , then we go with jibah.So we meet the guys di sana saja. After that back to college gain to complete the clearance form with the cst 32. After all the clearance form completed and give it back to gc, some of us ada yg balik awal. Yg tinggal ganya Rashid, Ehsan, Danial, Yasir, Hurin, me and zana di common room. Di sana, banyak lah  kami cakapkan about handphones , about polytechnic or itb.  We planning to lunch out di sugar bun but danial have to work at BSP at one o'clock. Danial alum habis attachment until 18 january 2012.So 6 of us(Rashid,Ehsan,Danial,Yasir,Hurin and me) lunchout for the 2nd time in 2012 di ayamku restoran serusop

Selesai dh penempatan industri di Kementerian Pendidikan

Assalamualaikum semua.

Alhamdulillah dah 2 minggu dibah dh habis penempatan industri di kementerian pendidikan selama enam bulan mulai dari julai-december 2011.  banyak pengalaman manis dan pahit yg telah di tempuhi selama 6 bulan tu

Bersama supervisor


Gonna miss all the supervisor. Thanks for give me advice, motivation and others. Aku banyak belajar during 6 months of attachment period